Tuesday, March 15, 2005

Senyuman Penuh Makna

::Mengapa Senyum amat bermakna:: ni ada citer sikit pasal senyum ini adalah fakta bagi senyum SENYUM adalah perhiasan dunia SENYUM adalah bahasa dunia yang menunjukkan keceriaan membawa maksud bagi umat manusia SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna.. SEWAKTU kita berhubung dengan orang lain, sewajarnya kita SENYUM SENYUM adalah jalan pintas bagi anda mengatakan anda menyukai seseorang SENYUM yang kamu berikan kepada sahabat kamu adalah satu sedekah.. SENYUM adalah jambatan perhubungan persahabatan SENYUM adalah satu pelabuhan yang pastinya tidak akan merugikan. Di Moscow, Rusia ada sekolah yang mengajar untuk SENYUM SENYUM harus ada ketulusan SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak menyenangkan, sama sahaja dengan kening yang berkerut Adalah diperakui apabila kita SENYUM, kita akan menggerakkan hanya 15 otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka. Perbuatan mengerutkan dahi sahaja memerlukan pergerakan 40 otot untuk bekerja..BAYANGKANLAH!! Kebanyakan SENYUM adalah jangkitan Bila kita SENYUM kat orang, orang itu akan SENYUM balik pada kita Orang akan merasai dihargai apabila kita senyum padanya, sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik terhadap diri kita..Lantas, mengapa kita tidak muliakan? Muliakan dengan diri kita. SENYUMlah dengan orang yang anda tidak kenali hari ini, insya-ALLAH dia akan membalas SENYUMan anda itu. Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan..William Shakespear ada menyatakan..apa yang anda kehendaki adalah lebih cepat daripada memotong lidah dengan pedang adalah SENYUMan.. Semasa bekerja, belajar, SENYUMlah, kerana ia akan menggembirakan dan menceriakan hidup anda Bila berhadapan dengan keadaan susah, SENYUMlah.. Bukankah ketawa yang sopan itu sihat? Pujangga menyebut.."SENYUMan itu kelopak" - tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya.. So..SENYUMlah selalu dengan ikhlas dan tidak berpura - pura. Kerana yang bepura-pura itu hanyalah mendapat sakit sedangkan orang yang melihat SENYUManmu itu mendapat barakah.. Tapi AWAS!!! jangan menyalahgunakan SENYUMan..bahaya

Saturday, March 05, 2005

Senyuman menawan..

Assalamualaikumwarahmatullah.. Dear Mujtahidah, Ikoko baru je sampai kat Batu Pahat, pukul 5 petang tadi. Syazana ada sekali.. Ikoko bertolak dari Segamat, dalam pukul 1 petang.. huhu.. lebih kurang 4 jam la perjalanan dari Segamat - Batu Pahat , melalui Muar. Kitorang naik bas sangkut-sangkut.. Mesti ramai yang tak percaya kan? Mesti ramai juga yang pelik, kenapa tak lalu jalan Yong Peng je? Bukan apa... naik bas sangkut-sangkut melalui Muar, lebih selesa.. tak macam bas sangkut-sangkut yang melalui yong peng.. adeih.. susah le nak cakap sebab bas dia macam tak berbasuh 8 tahun.. dengan bau , kotor berhabuk .. adeih.. tak tahan la.. macam nak muntah pun ada.. Okeh.. back to the main point.. sampai je kitorang kat bus stand batu pahat tu, tempat pertama yang kitorang tuju adalah kedai yang ada jual pancake ngan "corn in cup" .. Macam biasalah... kitorang sampai je.. tengok muka akak yang jual tu.. oopss.. tersebut pulak.. tak kisah la kan... ada 2 site.. tapi bersebelahan dan takde dinding penghalang antara 2 site ni.. satu site jual pancake.. lagi satu site jual corn in cup .. 2 orang ditugaskan jaga kat site pancake.. dan 1 orang ditugaskan untuk jaga site corn in cup .. ikoko nak beli corn in cup.. tapi takde pulak orang yang menjaganya tu.. jadi ikoko pandang akak yang jaga pancake tu.. muka dia.. masya`ALLAH.. sikit senyuman pun takde.. adeih.. dah le kita tengah penat masa tu.. bukannya kita tak bayar nanti.. HELLO.. at least ko senyum la sikit... tolong panggilkan akak yang jaga bahagian corn in cup tu ke.. ni tidak.. muka macam taknak keje.. skali aku lempang karang.. aiyak.. sabar je la masa tu.. dah ler perut tengah lapar tahap dewa.. isk.. sabar..sabar relax.. So, ikoko tunggu je la.. sampai akak yang jaga corn in cup tu ada.. nasib baik le tak lama kena tunggu... ikoko terus pandang muka akak yang jaga bahagian corn in cup tu.. terus cakap nak 1 corn in cup.. terus kita senyum lebar-lebar.. dia pun senyum lebar-lebar.. lalalaa.. ni yang best.. nak je ikoko cakap "lawa akak senyum.... tak macam orang tu.. masam macam nak kena lempang dengan saya.." .. huhu.. tapi cakap dalam hati je la... pendam je la.. Pernah ikoko baca satu kata-kata hikmah.... "Jangan sekali-kali meremehkan perbuatan baik walaupun HANYA SEKADAR SENYUMAN.. Kesimpulannya kat sini, apa pun yang kita sedang alami.. tak kisah ler betapa sakit dan tertekannya kita... agak-agak laah kan... senyum la bila berhadapan dengan orang lain.. ni tidak.. kalau kita masam, kita tak terfikir ker yang kita dah tambah lagi satu tekanan - buat orang lain rasa bersalah dan menyampah kat kita? Lagi satu.... bila kita berniaga.. kita berhadapan dengan customer.. customer tu yang akan buat business kita berjalan... customer pulak pelbagai ragam.. tapi tak salah rasanya kalau kita layan mereka baik-baik... kalau nak business tapi muka masam, tak pandai layan customer, baik bungkus je.. gulung je tikar, ye tak? sebab customer BENCI untuk berurusan dengan orang yang TAKDE SIFAT PENYABAR, TAKDER CUSTOMER SERVICES YANG BAIK... Any suggestion or arguements?