Tuesday, July 20, 2004
build a web
assalamualaikumwarahmatullah...
sebenarnya sekarang ni aku kat lab bangunan laksamana - uitm segamat..
hehe.. ada kelas sebenarnya ni.. curi-curi nak buat posting ni..
alhamdulillah kerja aku - create a personal web dah siap.. jadi boleh la check email..friendster .. bla bla bla..
2,3 minggu ni memang banyak tul keje aku .. semput melanda..
hujung minggu lepas, bilik aku ada la buat jualan sikit.. ROJAK CORNER..
kuikui.. boleh la lepas modal dan untung RM35 .. ahaks...
tak kena sebenarnya... so, next time we would change the menu - nak try jual ayam berempah pulak nanti.. bila ada function.. competition hangat betul.. dengan ICE BLENDED kat sebelah kitorang.. dengan air as cool as ice betul-betul kat deretan kitorang jual.. fast food diorang lagi.. tu memang kitorang kalah laa... tapi .. erm. cara pembuatan kitorang lagi rumit rasanya.. kak fara,supue,cha cha, dan shazana terpaksa ke muar untuk buat kuah rojak asma a.k.a rojak mamak a.k.a rojak singapore.. hari sabtu tak cukup bahan, beli lagi bahan.. walaah... sangat lepak wooo bila balik berniaga malam tu.. sekarang baru kitorang rasa macam mana peritnya orang berniaga.. jika difikirkan dengan cara berbelanja kita.. rasanya RM100 pun boleh habis dalam masa 10minit. Kan Kan??
ok la.. apa-apa perkembangan terbaru aku akan buat posting lagi..
taktau bila..
sebab hujung minggu ni dah ada test..
minggu depan test lagi.. tengah musim test sekarang ni..
got to concentrate on my studies right now...
cha auw...
p/s:terima kasih banyak-banyak kepada sesiapa yang sudi melawat blog ikoko ni , ok?
Saturday, July 03, 2004
Lega....
assalamualaikumwarahmatullah..
aku rasa bersyukur sangat-sangat..
haritu dah buat FIRST PRESENTATION.. berdebar takleh nak cakap laa.. cam nak ambik exam.. cam nak kena bedah jek rasa...
dan Khamis haritu dah present.. sangat laa rasa legaaa tahap kingkong..
alhamdulillah...
okies.. now, I should concentrate on other assignments..
ni pun aku online curi-curi masa..
cam biasa bila naik kuliah.. bzzzzzz manjang..
ok ar.. takleh lama ni..
urm.. apa yek nak share harini...
ahaaa.....
"TAU LAH NILAI DUIT WALAU IA SERINGGIT"..
jangan letak sepah sepah jek.. sbb .. bila kita tengah SEMPIT... duit tu jugak yang berharga.. ye tak?
tapi, jangan la kedekut lak...
sbb.. bila kita kedekut... kita akan rasa semua benda serba tak cukup...
tapi.. bila murah hati, jangan terlampau murah hati sgt pulak.. sbb.. takut nanti kena TIPU ... orang lain selalu ambil kesempatan....
itu sahaja coretan hari ini...
3rd July 1984
tarikh aku dilahirkan..
dulu selalu makan-makan ngan Allahyarham abah, mak, ngan adik..
tapi sekarang.. makan sorang-sorang..
harini, first time aku tak makan sama-sama ngan family...
now i'm 20th.. got to be MORE STRONGER!!!!!
-SELAMAT TINGGAL CINTA... KERANA PELAJARAN LEBIH BERHARGA-
Sunday, June 27, 2004
3 hari bersama keluarga tersayang
Assalamualaikumwarahmatullah
Kelmarin, apesal ntah.. aku rasa berdebar sangat... pagi petang siang malam.. sampai ke petang esoknye.. berdebar jek..
Finally, pagi jumaat.. aku dapat panggilan dari mak... mak cakap... "ätuk patah tangan" punya la aku rasa meremang bulu roma.. takde le.. haritu atuk patah tulang peha.. ni patah pergelangan tangan pulak.. sedih la jugak ni.. sbb kaki dia haritu belum baik betul-betul lagi..
N then.. minggu ni aku memang ada niat nak balik kampung halaman tercinta kat batupahat, kg istana ni..
Aku rasa happy sebab semua orang balik rumah, tengok atuk sakit.. rupanya.. semua ni ada hikmahnya.. kitorang jarang sangat kumpul ramai-ramai macam ni.. abg ady-kak amy-aduka , kaklily-abg akiey-akeem, ibu-ayah-irsyad-budi, semuaa ada.. kat rumah macam biasala... izan. .. adik aku yg comel bak gergasi tu.. mak pulak teman atuk kat hospital.. alhamdulillah ada KAK AYUN , pembantu rumah kitorang tu.. dia banyak bantu kitorang.. terima kasih kak ayun!!!
Pagi tadi.. dalam kol 4.50 aku dah bangun tidur.. pastu terus sambar PC ..
Bila dah nak dekat waktu subuh.. aku terus mandi, dan solat.
N then.. sambil-sambil tu.. godeh-godeh gaks.. FORUM ONLINE kat shukur,marsvenus.. ada gaks bagi 2,3 posting..
Dah nak dekat pukul 6.30am, aku sambar roti ngan chili tuna (ayam brand), buat sandwich.. mak bagi kepercayaan kat aku semalam.. hehe.. apa lagi.. bila dah ada orang bagi kepercayaan.. aku pun suka dan rasa seronok laa buat sarapan pagi tu... siap jek sandwich.. aku terus kacau KAK AYUN buat nasi goreng.. la la laa.. nasi goreng lembik.. lalalaa.. makan je la.. letak le perencah yg merepek-merepek.. kuikui.. ntah apa apa jek aku ni..
asalkan bleh makan tu udah laa..
hehe.
dalam pukul 8.30am , mak dah sampai rumah... :) alhamdulillah.. bleh la sambung buat keje sket kat online... lalalaaa...
ok la.. jumpa lagi..
itu je coretan aku sekarang ni..
-harap dapat laki pandai masak nanti.. takyah le aku belajar masak.. kuikuikui-
Saturday, June 26, 2004
Solat Istikhoroh...
Nabi Muhammad S.A.W bersabda Di antara kebahagiaan anak Adam ialah solat istiharah (minta pilih)drpd Allah dalam segala urusannya dan di antara kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat istiharah drpd Allah pada segala urusannya.......
Friday, June 25, 2004
Ya Allah, jika aku jatuh cinta.........
"Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku
pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah
cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-
Mu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku
menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut
pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang
cinta semua.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku
padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah
aku
pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku
padanya
agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam
terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-
Mu,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi
hanya kepada-Mu.
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,telah
berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam
dakwah pada-Mu, telah berpadu dalam membela
syariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada
pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan
limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan-Mu.... ameen Ya Robb...
"AKU CINTA PADA MU KERANA DUA SISI CINTA...AKU
CINTA AKAN DIRIMU.. AKU SELALU MENGINGATI
MU,BUKAN YANG SELAIN MU ..ADAPUN CINTA KERANA
ENGKAU PATUT DICINTAI ..AKU TIDAK MENGETAHUI
ALAM
SEBELUM AKU TAHU AKAN DIRI MU..TIADA PUJI DALAM
HAL INI,DAN ITU BAGI DIRI KU.. TETAPI..PUJI
DALAM
HAL INI ,DAN ITU ADALAH HANYA UNTUK MU..YA RABB"
Subscribe to:
Posts (Atom)