Sunday, November 07, 2004
Penantian.. hari esok.. dan lusa...
Assalamualaikum..
coretan kali ni tentang apa yg akan berlaku pada hari esok dan lusa
minggu lepas memang satu dugaan buatku.. Hari jumaat(29/10/2004).. kena gastric, muntah-muntah.. dan sabtunya aku tak dapat nak attend MUET WRITING (30/10/2004)..
menyesal jugak.. tapi apa buleh buat..
kesihatan lagi penting..
malam 29/10/2004 tu jugak, mak ngan abg datang uitm segamat, ambik aku kat KOLEJ SMK, dan terus pegi klinik mahkota.. doctor cakap gastric.. jadi dia bagi la ubat putih bla bla bla..
pastu dah 2,3 hari.. masih tak baik lagi sakit aku.. aku pun pelik.. selalunya kalau aku sakit mcm ni, sehari je , esoknya dah ok.. pergi pulak klinik aliza - berdepan dengan kampung istana(depan kampung aku).. so dia bagi ubat gastric yg kuat sket, pastu dia suruh tengok.. kalau 3 hari masih tak baik gaks.. dia nak buat scan - kemungkinan ada batu karang..
malam pertama je aku dah tak tahan sangat... berguling-guling macam tenggiling.. baring camni takleh.. baring camtu takleh.. wargh.. hebat sungguh penangannya.. jadi aku cakap ngan mak.. tak tahan sangat.. esok pepagi buta(2/11/2004).. mak bawak pegi Southern Hospital, buat check up.. doctor pakar ada waktu petang.. dalam pukul 3, jadi balik rumah dulu.. pastu turun semula hospital southern.. masuk bilik endoscopy .. masuk bilik x-ray - memang sah ada batu karang , kat dalam hempedu.. pemeriksa x-ray tu cakap, patutnya perempuan umur 40 baru ada batu karang kat hempedu, tapi aku umur 20 .. uhuks.. uhuks.. dia cakap-cakap itu ini.. aku kuat makan seafood katanya.. ketam-ketam jangan makan sangat, kalau boleh, elakkan dia cakap.. ye la ye laa pakcik.. nanti orang kurangkan laa.. adeih.. dah la favourite tu... pakcik tu nasihatkan, suruh buang je hempedu ni.. aku dah.. erk erk.. erk..
lusanya(4/11/2004), pergi hospital kerajaan.. doctor cakap bleh buat :-
Masuk wad - 8hb November 2004
OPERATION BUANG HEMPEDU - 9hb November 2004
Kalau takde apa-apa masalah, aku dah bleh kluar - 10hb November 2004 ..
Pastu dah banyak pulak nak kena pantang.. jadi harini , aku nak makan makanan bergorengs.. nak itu.. nak ini.. nak makan cheezy wedges ( lepas ni dah takde harapan laa nak makan banyak-banyak mende-mende berlemak macam ni) .. pastu nak pergi QUICKLY kat bukit pasir, nak beli Bubble Tea .. pastu.. pastu.. pastu..
Hari ni .. aku dapat tahu, yang BATCH 10 SMAKJ kesayangan aku akan buat gathering raya on 5DECEMBER2004 ni.. hopefully aku dapat hadiri majlis ni, sebab aku tak pernah attend yang sebelum sebelum ni, dan aku harap.. kengkawan aku yang aku rapat, ada sekali ngan aku.. rindu ngan Siti Noor Baya Jamil, Umairah Ismail, D-Bot, Farhah yang banyak bantu aku dulu masa kat SMAKJ, pastu NurFarhana, nurhidayah salleh, nana musa, nurhidayah mohamad,dan sekelian makhluk batch 10 yang aku rindui.. mesti diorang terperanjat tengok aku yang dah sebakul tembamnya ni.. huhu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment