Tuesday, March 15, 2005
Senyuman Penuh Makna
::Mengapa Senyum amat bermakna::
ni ada citer sikit pasal senyum
ini adalah fakta bagi senyum
SENYUM adalah perhiasan dunia
SENYUM adalah bahasa dunia
yang menunjukkan keceriaan
membawa maksud bagi umat manusia
SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat
membantu mengindahkan perhiasan lahir yang
tidak sempurna..
SEWAKTU kita berhubung dengan orang lain,
sewajarnya kita SENYUM
SENYUM adalah jalan pintas bagi anda
mengatakan anda menyukai seseorang
SENYUM yang kamu berikan kepada sahabat
kamu adalah satu sedekah..
SENYUM adalah jambatan perhubungan
persahabatan
SENYUM adalah satu pelabuhan yang pastinya
tidak akan merugikan.
Di Moscow, Rusia ada sekolah yang mengajar
untuk SENYUM
SENYUM harus ada ketulusan
SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak
menyenangkan, sama sahaja dengan kening yang
berkerut
Adalah diperakui apabila kita SENYUM, kita akan
menggerakkan hanya 15 otot manakala ketika
marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian
muka. Perbuatan mengerutkan dahi sahaja
memerlukan pergerakan 40 otot untuk
bekerja..BAYANGKANLAH!!
Kebanyakan SENYUM adalah jangkitan
Bila kita SENYUM kat orang, orang itu akan
SENYUM balik pada kita
Orang akan merasai dihargai apabila kita senyum
padanya, sekaligus ia akan memberi tanggapan
yang baik terhadap diri kita..Lantas, mengapa kita
tidak muliakan? Muliakan dengan diri kita.
SENYUMlah dengan orang yang anda tidak kenali
hari ini, insya-ALLAH dia akan membalas
SENYUMan anda itu.
Alangkah mudahnya membina rangkaian
persahabatan..William Shakespear ada
menyatakan..apa yang anda kehendaki adalah
lebih cepat daripada memotong lidah dengan
pedang adalah SENYUMan..
Semasa bekerja, belajar, SENYUMlah, kerana ia
akan menggembirakan dan menceriakan hidup
anda
Bila berhadapan dengan keadaan susah,
SENYUMlah..
Bukankah ketawa yang sopan itu sihat?
Pujangga menyebut.."SENYUMan itu kelopak" -
tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya..
So..SENYUMlah selalu dengan ikhlas dan tidak
berpura - pura. Kerana yang bepura-pura itu
hanyalah mendapat sakit sedangkan orang yang
melihat SENYUManmu itu mendapat barakah..
Tapi AWAS!!! jangan menyalahgunakan
SENYUMan..bahaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment