Saturday, February 12, 2005

5 cara pilih sahabat

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al- Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya: Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan. Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung- hitungkan (menyebutnya). Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya. Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu. Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia. Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu." "sampaikan! lah walau satu ayat" al hadis LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -

Sunday, January 30, 2005

Tuai Padi...Not a day without works.. not a day without words..

Assalamualaikum.. dear mujtahidah.. nampak tak tajuk kat atas ni..? ni merupakan tajuk Blog yang tiba-tiba aku jumpa, sewaktu mencari apa itu maksud "algojo"... pada mulanya aku pelik, kenapa sahabatku itu gemarkan lagu-lagu M Nasir (sifoo), dan ramli sarip... jadi aku berbual dengannya, bertanyakan itu dan ini... pernah dengar lagu "Tanya sama itu hud-hud ? by M nasir... mesti tak ramai yang kaji apa erti disebalik lirik yang disampaikan dalam lagu tu... sahabat tanyakan aku.. apa dalam fikiran aku bila dia sebut "algojo" .. ntah apa pun aku tak faham.. jadi aku dengar lagu yang dia send kepadaku melalui Yahoo Messenger.... banyak yang tersirat dalam lirik lagu m-nasir ni.. erm... sedang mencari-cari apa ertinya "al-gojo", tersesat pula aku ke blog di bawah ini.. :) baca punya baca, best la cerita ni.. :)
Suatu petang, ditahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan. Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo penjara' itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu 'boot keras' milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah mereka. Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseorang mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci. "Hai...hentikan suara jelekmu! Hentikan...!" Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata. Namun apa yang terjadi? Laki-laki di kamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu'nya. Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu orang. Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh ajaib... Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan.
"Ending" untuk artikel ni :-

Benarlah firman Allah... "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama ALLAH, tetaplah atas fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia menurut fitrahnya itu. Tidak ada perubahan atas fitrah ALlah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (QS30:30) Syeikh Al-Islam Turki yang terakhir iaitu As-Syeikh Mustafa Al Basri telah menegaskan dalam bukunya ... ".......sekularisma yang memisahkan ajaran agama dengan kehidupan dunia merupakan jalan paling mudah untuk menjadi murtad." Click For More

Monday, January 17, 2005

Lahir satu lagi Blog..

Assalamualaikum.. dear mujtahidah, semalam.. lahir lagi satu blog.. aku tak tau nak letak nama apa.. jadi aku namakan dia "Greeniac" disebabkan yg empunya blog tu memang minats sangat dengan colour hijau... http://greeniac.blogspot.com teringat pula pada feedburner... kira macam animator untuk posting review kat kita punya blog... best.. aku ada letak contohnya kat posting sebelum ni... suka-suka sebenarnya buat blog tu semalam.. takde keje cari keje.. :p walaupun melambak keje yang lebih penting.. huhu. .dah minat kot.. atau pun dah addicted.. aku masih belum ada idea untuk kategorikan aku punya blog setakat ni.. "Keikhlasanku" = http://keikhlasanku.blogspot.com :: Blog aku dan F .. ingat nak serahkan 100% kat dia.. tapi dia tolak.. nak sama-sama katanya.. :) "Mujtahidah" = http://ikoko.blogspot.com :: First blog yg pernah aku buat.. macam-macam aku post kat sini.. jadi aku tak pernah terfikir tujuan khusus blog ni.. sekadar "a thought of me" dan mana-mana article yg aku rasa mcm best, aku akan post semuanya ke sini.. buat kongsi bersama bagi yang sudi menjengah ke blog ni.. :) thanks a lot.. blog ni berbentuk umum.. aku main letak je apa yg aku rasa best dan sesuai... "Greeniac"=http://greeniac.blogspot.com :: Masih belum tau apa kategori bagi blog ni.. mungkin ia lebih terang penyampaiannya.. tanpa selindung-selindung.. mungkin juga ia merupakan diary buatku.. erm.. nanti la aku fikirkan.. mungkin juga untuk organisasi diriku sendiri... yang sering tak teratur.. tempat untuk kucurahkan apa yang perlu dibuat, dan apa natijahnya, keputusannya dari "event" atau pekerjaan yg aku wajib + nak buat tu... Mungkin "GREENIAC" juga suatu tulisan yg memang lahir dari hati... wallahu a`laam.. ada apa-apa pendapat tak??

Feedburner.. www.feedburner.com

'.:: What's new on Greeniac Segalanya bermula di sini

Saturday, January 15, 2005

Decision..

Assalamualaikum.. dear mujtahidah, .. i had decided for not buying any hs anymore until my NOKIA3200 had damaged :) nak tau sebab apa? mmg best ler sesangat nokia 3200 nieh... coloured skrin..radio ada.. infrared ada... camera ada.. sekarang dah bleh dapat dalam RM400++ .. bawah RM500 dah leh dapat.. dan infrared dia available for others nokia brand, except:- 6610i or 6610 or 7250i ,and other non-screen colour.. serious best.. MMS pun Nokia 3200 tak kurang hebatnya... yup.. mungkin dari segi graphic dan design kurang ok.. tapi FUNCTION dia best apa.. semua nye available.. bleh berfungsi dengan baik... so anybody outhere, yang punya budget yg sederhana untuk beli hs baru.. ni mungkin paling best.. jimat pun jimat... kan kan? ok.. compete tu yg ada MP3... kan ke leceh sbb nak kena download dari pc lagu... tapi nokia3200 takyah connect to pc untuk dptkan mp3, dengar je la radio.. kan ke nanti berkumandang lagu-lagu best ... ok.. about the images.. camera..mungkin ramai yg tak puas hati.. tapi, kalau nak diikutkan, kalau nak paling best la .. beli je la digital camera.. ye tak? huhu.. sbb aku rasa nokia3200 ni dah memadai camera nya... setakat ni tak menyusahkan aku ler.. clear pun clear... tak caya? korang cuba transfer ke PC gambar yg ada kat dalam nokia3200 tu.. guna USB INFRARED (PRICE : RM55) kalau nak banding ngan nokia6610i, ni lebih cool..LAGI clear nokia3200 dan bila nak dibandingkan ngan nokia6600 lak.. mmg la ia lagi jelas.. tapi.. korang pernah tak print gambar nokia6600? the quality is not good enough... so, i suggest that u all explore about this nokia3200.. tengok le kelebihan yg ada pada nokia3200... -one year experienced- -ikoko- ------- aku pernah buat posting ni kat salah satu link forum... ok.. dan lagi satu. compared to NOKIA3220 yg pernah aku tergila-gila kan sebelum ni.. yup.. mmg aku tertarik ngan 3220 sbb nampak unik.. tapi kalau fikir-fikir bilik.. harga dahler mahal... hanya ada kelebihan dari segi unik dan camera yg jelas je? infrared? tarak... radio? tarak... mp3? tarak.. aku takut lama kelamaan aku boring ngan hs tu nanti.... ok.. about nokia 6230 lak... video cam dia tak bape best.. best lagi video cam yg kita beli kat kedai.. about nokia 7260 .. mmg aku minat giler.. sbb function dia lebih kurang dengan nokia 3200.. tapi apakan daya.. aku hanya insan biasa.. pelajar uitm yg hanya bergantung pada "ma" scholarship, ngan ptptn je... it is about RM1200 ... mana nak korek duit sebanyak tu... nak tunggu jatuh dari langit ke? huhu.. cam tak logic je.. apa pun.. aku tak SERIK le dengan NOKIA3200 ni.. sebab I LOVE IT very much.. even many people would say "eee... tak lawa ler gambar kalau guna camera nokia3200.." "yulk.. buruknye bentuk..." "huh... baling kat anjing pun, anjing taknak" peduli apa aku.. huhu.. syukur alhamdulillah.. aku diperkenalkan ngan hs ni... first sight love mungkin.. sampai skrg kalau org letak harga bape banyak sekalipun, walau ia melebihi harga trade in, aku takkan jual.. sbb .. ada sejarah hs ni... wallahu a`laam ..