Thursday, January 06, 2005
Dove belum dapat pengesahan HALAL dari JAKIM??
Assalamualaikum..
ikoko pun confuse dengan pernyataan bahawa DOVE tu belum dapat pengesahan HALAL dari JAKIM..
Dari portal JAKIM :: Portal e-Halal
http://halaljakim.gov.my/aduan_siar.php
Ada 2 aduan tentang DOVE setakat ni... soalannya berbentuk :-
SOALAN 1
Saya ingin tahu adakah bahan yang terdapat dalam mandian atau pencuci tangan yang mengandungi glycerin berasal dari lemak binatang terutamanya babi. Biasanya bahan tersebut terdapat dalam mandian berjenama Dove dan Dettol. Ia terdapat juga dalam pencuci mulut jenama follow me. Di harap pihak tuan dapat membuat penjelasan agar umat Islam tidak dicemari oleh bahan-bahan yang haram itu yang mana akan memberi kesan dalam ibadah kita.. Terima kasih.
JAWAPAN DARI JAKIM
Glycerine adalah termasuk didalam kategori emulsifier ( pengemulsi ) dan boleh dihasilkan sama ada dari haiwan atau tumbuhan. Bagi produk makanan yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM tetapi ada menggunakan glycerine dalam makanan yang diproses, maka itu adalah telah dipastikan oleh pegawai JAKIM glycerine yang digunakan adalah berasaskan tumbuhan, tetapi bagi barangan gunaan seperti sabun dan syampu dove ini, buat masa sekarang JAKIM tidak pernah lagi membuat pemeriksaan ke atas produk tersebut maka tidak dapat dipastikan glycerin yang digunakan itu adakah berasaskan haiwan atau tumbuhan. Berdasarkan itu JAKIM memerlukan masa untuk membuat siasatan dan penyelidikan terhadap perkara berkenaan.
[ADUAN 9DISEMBER 2004]
----------------------------------------------------
SOALAN 2
saya mendapat email yg menyatakan product berikut adlah tidak halal kerana mengandungi lemak babi. 1. pringles - potato chips 2. dove - semua product dove boleh pihak jakim berikan pengesahan samada product tersebut benar2 tidak halal digunakan oleh org islam.. terima kasih
JAWAPAN DARI JAKIM
kedua-dua produk dove dan pringles tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM kerana kedua-duanya adalah barangan import walau bagaimana pun tindakan akan diambil untuk memastikan hal sebenar perkara ini.
[ADUAN 4NOVEMBER 2004]
Aduhai...
kesimpulannya.. perkara ni dah jadi satu perkara yang SYAK..
haritu baru je beli BODY SYAMPOO DOVE - yg paling besar.. RM21.90..
mahal tuh..
waduh waduh..
kena tukar le body syampoo, gamaknye kalau macam ni..
harap-harap JAKIM ambil perhatian tentang perkara ni..
sebab DOVE makin disukai ramai kat MALAYSIA nieh..
tapi pengesahan HALALnya masih blom dapat dipastikan...
oh ye.. my dear mujtahidah..
yesterday, i had rushed for going back to my hometown, because i got an appointment with doctor today.. Alhamdulillah, today I just got 1 class, n it is just presentation..
the doctor said:-
"camner kesihatan awak lepas operate?"
"ok jer... :)"
"baringler.."
pastu dia tekan-tekan kuat-kuat kat bahagian yang kena operate haritu.. mak aih.. mati aku.. sakit maa...
"aduih aduih.. satitt laa doctor.."
"takpe sakit sket je tu"
....
"okeh,hari ni takde kelas ke?"
"ada.. tapi satu kelas je.. kebetulan..."
"aik.. abis ni balik segamat semula bila?"
"erk.. mak suruh balik harini.....er.. doctor.. leh mintak MC tak?"
"ooh.. bleh bleh.. "
n then.. dia terus buat surat MC..
aku curi-curi tengok masa dia tgh tulis tu..
dan.... TOINK!! dia bagik cuti sampai hari esok..
miahahaaa.. punye le bestt susah nak cakap...
aku decide nak balik sabtu atau ahad..
tapi disebabkan ada hal penting... i need to go back to uitm segamat tomorrow... after my brother done his solat jumaat..
:) takpe lah.. ada hikmah semua ni...
tak sabar untuk nantikan hari-hari esok.. yang bakal menjelang..
rasa macam esok hari raya pulak..
taktau le apsal..
kita nantikan je.. apa yang akan berlaku esok..
salam mujtahidah kepada yg sudi membaca nukilan ikoko yang tak seberapa ni..
because i'm not a good author.. as Sri Diah.. as Ustazmalaya.. as eastgirl a.k.a Sillence blog..
anyway.. tak salah kan kalau nak jadi penulis yang bagus macam diorang?
:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment