'Love u so much mom!!!!!!' "selamat menyambut ramadhan"Ps :
Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.
Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.
Selagi ibu kita adadi dunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyumankepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGADI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan dikemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayangkepadanya,
Friday, October 15, 2004
Kecantikan Seseorang Bukan terletak pada Fizikal,tapi pada hati..
Assalamualaikumwarahmatullah..
Syukur kita masih boleh bernafas saat ni..tapi.. ...kita selalu alpa akan anugerah Allah.. sedar... kemudian lupa.. kemudian sedar semula.. namun pernah aku terdengar satu ayat Al-Quran yang pernah diturunkan pada Nabi Muhammad S.A.W.. maksud firman Allah lebih kurang begini, "Janganlah engkau risau dengan umatmu wahai Muhammad.. sesungguhnya apabila mereka melakukan kesilapan.. mereka kan sedar akan kesilapannya.. kemudian mereka bertaubat.."
Sebenarnya aku baru je sampai rumah, semalam merupakan hari terakhir aku bergelumang dengan exam.. dan.. phew.. lega.. tapi.. susah ler amat paper semalam tu.. tricky.. dan aku memang surrender dengan reading subject... rasa macam kepala kena hempap je bila nak mengadap paper exam untuk reading subject.. apa pun, aku kena laluinya jugak.. sebab bukan setakat semester ni je ada reading subject.. semester depan lagi ler melambak reading subject... jadi nak taknak kena le sungguh-sungguh dari Awal semester untuk semester depan, jangan bagi peluang untuk berfoya-foya walau seketika.. sbb.. titisan peluh keluar dari badan kita setelah kita bekerja dengan sungguh-sungguh dari aawal pagi sampai larut petang, boleh hapuskan dosa-dosa kecil yang kita pernah buat...
Ok ler.. kat sini aku nak korang baca citer kat bawah ni.. ada kaitan dengan tajuk yang aku buat harini...
Silakan.....baca dengan tenang dan penuh penghayatan..
Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu mudayang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutupwajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaikbayi tersebut berada dipangkuan.Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika.Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayiyang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayii tu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu...Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yangtiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak denganpelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah.Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggupberkorban.
Setahun berlalu..."Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkanseorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalanlancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memujikecantikan parasnya. Si anak cukup seronok,bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawatjawatan tinggi dalam bidang diplomatik."Sebelum saya berangkat keluar negara, sayaingin tahu siapakah penderma telinga ini, sayaingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali."Tak mungkin," balas si ayah."Perjanjian antara ayah dengan penderma itumasih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.""Bila?" tanya si anak."Akan tiba masanya anakku," balas si ayahsambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaanterus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya.Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anakapabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunyatiada."Ibumu tidak pernah memotong pendekrambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya."Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayahtemui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment