Thursday, October 21, 2004
Namanya Hadir Lagi...
Dengan Nama Allah.. aku mulakan puisi ini..
Dulu kita kongsi bersamasuka duka..
Selalu kau bangunkan aku dari mimpiSelalu kau bangunkan aku bila aku terjatuhsama seperti abg pelihara adiknya..
tiba-tiba..
Kau menyepi..
tanpa khabar berita
rasa seperti bertahun menjejakimu
Ku lontar jauh-jauh namamu..agar aku tak tersasar..
kerana Allah lebih berhak diingati..
dan.. sudah ada yang bersungguh-sungguhmendapatkanku....
namun hari ini...segalanya berubah..
kawan karibku khabarkan..."ina,sekarang aku kawan dgn abang angkat kau ina.."
dia sedang berkawan denganmu..
namamu kembali timbul difikiranku..
kenapa..kenapa namamu hadir lagi..dalam hari-hariku..kenapa...
pergilah jauh..semoga kau bahagia di samping siapa jua..
Ya Allah.. berikanku petunjuk.. agarku tidak tersasar..
aku takut aku hilang pedoman lagi..
aku takut jika aku sering mengingatinya..
pergilah jauh.. pergilah.. semoga kau bahagia..
Ya Allah.. berikanlah ku petunjuk..
kau dekatkanlah padaku.. dengan seseorang yang benar-benar akan menjadi milikku nanti..
yang boleh membimbingku menuju jalanMu ya Allah..
selamatkanlah jiwa ini ya Allah..
Tenteramkanlah jiwa ini..
tenangkanlah hati ini..
tajamkanlah pemikiranku..
Kau tinggikanlah tahap kesabaranku, ya Allah...
agar aku dapat melangkah di bumiMu ini..
dengan tenang..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment